teringat aku kisah time zaman sekolah rendah, huhuhuhu....
kelakar kan...
time sekolah rendah dulu datang sekolah ja bukan nak blajar tapi jumpa kawan main babuncit la, main polis n tree la, pastu main lawan pemadam... pemadam bukan sorang sebiji, kalo da tabsub main lawan pemadam tu penuh pencil box tu ngan pemadam..
ada lagi main tutup botol. perghhh, itu kira main mini snuker la tu, pastu kantoi ngan cikgu kena denda gigit tutup botol tu... baru padan muka..
mainan yang paling moden time tu pun aku rasa digimon, kerita dash tamiya... and tidak kurang juga mat rempit yang sekarang ni lahirnya dari minat mengubah suai basikal kepada replika motor... bayangkan body motorsikal boleh pakai tuk basilal. kreatif tu...
istilah yang tepat time tu adalah 'jajal' atau nakal. cuba la bayangkan seluar yang pakai tu mesti akan koyak bahagian lutut and bahagian pistaq... terutama lelaki la..
hahahah... pastu rambut skema lagi, tak pandai nak digayakan..sikat tepi atau paling busuk pun botak la.
itu belum lagi masuk crita sekolah agama tu, aduh.... memang best la...
sekolah agama la paling best sebab time tu la kalo nak tengok pelajar kerap berdiri atas kerusi, kena denda kutip sampah, kena blasah oleh ustaz rock...
ada plak ustaz rock ni tak panggil dengan nama yang empunya diri tapi panggil pakai nama bapak!
Mmmm.... kalo nak dibezakan dengan budak sekolah rendah sekarang dah lain.. sekarang ni budak-budak lagi moden dah pandai bergaya..
mainan dorang sekarang pon perghh lagi canggih, ps2,ps3,xbox,psp, wow!
lagi ada da budak ni pakai telefon n series, 3G, sampai aku sendiri sampai sekarang pakai fon 3310 ja...
fesyen da memang berubah da, budak sekarang rambut dah macam beckham, mohawk. baju pon dah ada jenama...
tu la, peredaran masa...
tapi kenangan time sekolah rendah tu la perkara yang tidak dapat dilupakan dan akan tetap segar di ingatan setiap orang..